Aplikasi Mobile i-Tegur
Aplikasi Mobile i-Tegur merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu melalui mobile.
Objektif Aplikasi Mobile i-Tegur
Menjalin hubungan akrab Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.
Fungsi Aplikasi Mobile i-Tegur
Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
Memantau statistik aduan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.