KARNIVAL PENGKALAN HULU (KPH) 2024
KARNIVAL PENGKALAN HULU (KPH) kini datang lagi sempena Tahun Melawat Perak 2024 pada 30 OGOS 2024 hingga 1 September 2024.
Acara yang paling dinantikan, Pertandingan Rakit Berhias, bakal beraksi di KPH 2024.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda sepanjang program berlangsung seperti Jualan Produk makanan Malaysia Dan Thailand, pameran dari agensi, Sukan Rakyat, Tarik Tali, Panjat Tiang Licin dan pelbagai lagi acara yang akan membuatkan anda riang gembira.
Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 turut diadakan dengan acara Perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan, Perarakan Kereta Berhias, Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri dan tidak lupa Pertunjukan Bunga Api.
Kita juga akan disajikan dengan lagu-lagu hit dari artis jemputan Usop Mentor.
Datanglah beramai-ramai ke Karnival Pengkalan Hulu 2024 yang pastinya memberi pengalaman indah yang menghiburkan kepada anda semua.
Sekali lagi, jangan lupa ya pada 30 OGOS hingga 1 September 2024.
Datang jangan tak datang. Moh Kite!!
