KAJIAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR PENGKALAN HULU 2040

[HEBAHAN]
KAJIAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR PENGKALAN HULU 2040
Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) dalam proses menyediakan Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar Pengkalan Hulu 2040. Pelaksanaan inisiatif pintar bertujuan bagi menambah baik sistem pengurusan dan perkhidmatan perbandaran melalui penggunaan teknologi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat serta merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.
Borang soal selidik ini akan menjadi asas untuk mengumpul maklumat dan pandangan daripada orang ramai dalam membangunkan Pengkalan Hulu sebagai sebuah bandar pintar menjelang tahun 2040.
Dimohon YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan seperti link di bawah atau mengimbas paparan QR yang disediakan bagi membantu pihak MDPH mengumpul maklumat bagi kajian yang sedang dijalankan ini.
Kerjasama yang diberikan Majlis ucapkan ribuan terima kasih.