Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Portal Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Logo

Tafsiran Logo


BERSIH, AMAN, MAJU

  • BERSIH 
    Bermaksud kebersihan dalam kawasan Majlis dan dalam kerja-kerja pengurusan pentadbiran Majlis yang mengamalkan kebersihan dari segi fizikal dan juga mental.

  • AMAN 
    Bermaksud kehidupan seharian penduduknya yang aman damai, harmoni dan tenteram serta usaha keras pihak Majlis kearah mengekalkannya dan terus berusaha memperbaikinya.

  • MAJU
    Bermaksud kesungguhan, semangat dan kebolehan mencapai kemajuan di bidang pembangunan, kegiatan ekonomi dan pentadbiran dan kesungguhan pihak Majlis untuk membawa daerah Pengkalan Hulu terus membangun dari semua segi.

  • MOTTO
    bertulis dengan tulisan "Jawi" melambangkan Negeri Melayu yang bahasa rasminya dan asalnya adalah melayu dan mengekalkan tradisi dan budaya supaya tidak hilang ditelan zaman.

  • GAJAH
    Lambang tradisi daerah Hulu Perak yang membawa erti Majlis Daerah Pengkalan Hulu terletak di dalam daerah Hulu Perak.

  • DUA EKOR GAJAH
    Melambangkan persahabatan, kerjasama dan muhibah di antara Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan PBT lain seperti Baling di Kedah, Betong di Selatan Thailand dan Gerik.

  • TIGA BUCU BIRU
    Melambangkan Majlis Daerah Pengkalan Hulu terdiri daripada tiga bahagian iaitu Pengkalan Hulu, Klian Intan dan Tasek.

  • TIGA BUCU HIJAU DAN DUA BUCU KUNING
    Melambangkan lima buah kampong yang sebahagian dari kawasannya berada di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

  • TIANG, KABEL DAN "HANGING BUCKETS"
    Melambangkan perusahaan perlombongan bijih timah yang mempunyai system perlombongan yang unik yang hanya terdapat di daerah Pengkalan Hulu iaitu di Klian Intan dan ianya telah beroperasi semasa zaman pemerintahan penjajah sehinggalah sekarang.

  • LATARBELAKANG PUTIH
    Hijau melambangkan kawasan ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi terutamanya hutan belantara yang masih terpelihara dan warna putih bererti udara yang bersih dan segar yang tidak terdapat sebarang pencemaran.

  • BANGUNAN DENGAN EMPAT BUCU
    Melambangkan kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mempunyai empat jenis penggunaan utama iaitu kawasan rumah kediaman, perniagaan, perusahaan dan kem pasukan keselamatan.

  • LIMA LEMBAGA MANUSIA
    Melambangkan lima kumpulan kaum utama yang mendiami daerah Pengkalan Hulu iaitu Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli yang hidup dengan harmoni dan bersatu padu.

  • BENDERA NEGERI PERAK
    Melambangkan Majlis Daerah Pengkalan Hulu terletak dalam negeri Perak.

  • SEKUNTUM BUNGA
    Melambangkan kawasan Majlis yang banyak ditanam dengan pokok perhiasan dan pokok-pokok bunga.

  • TASIK BERLATAR BIRU
    Melambangkan terdapatnya sebuah tasik di tengah-tengah Bandar Pengkalan Hulu.

  • SKROLL "MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU"
    Melambangkan cirri-ciri di atas menjadi penyeri kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan juga sebagai amanat kepada Majlis supaya berusaha dalam menjadikan daerah Pengkalan Hulu lebih baik.

  • Majlis Daerah Pengkalan Hulu
    Wisma Kroh, Jalan Sri Adika Raja, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

  • Tel: 04-477 8148 / Fax : 04-477 8735

  • urusetia[at]mdph[dot]gov[dot]my