MAJLIS PELANCARAN PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI (PJK) PENGKALAN HULU
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak pada 30 Januari 2010 bertempat di Dewan Bandaran, Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Di majlis pelancaran itu diadakan sidang video bersama Y.A.B Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ketika itu berada di suatu majlis di Pekan, Pahang.
Majlis pelancaran ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar termasuk kaum orang asli. Kehadiran artis Jaafar Onn juga turut memeriahkan lagi majlis.
64 buah PJK akan dilaksanakan pada tahun 2010 dimana 3 buah PJK telah siap didirikan termasuk PJK Pengkalan Hulu, manakala yang selebihnya akan siap dalam tahun 2010.
Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) dipilih untuk mengelolakan PJK Pengkalan Hulu.
- Apa itu PJK?
- Sila ke Galeri untuk melihat foto dan Video sekitar majlis pelancaran PJK.



