Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 

   

PANDUAN KE PENGKALAN HULU

 

Pengkalan Hulu merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Hulu Perak. Berkeluasan 873.70 km persegi, ia bersempadan dengan daerah Baling (Kedah), Gerik (Perak) dan Betong (Thailand). Faktor geografinya yang terletak 380 meter dari aras laut disamping dikelilingi flora yang masih terpelihara menjadikan daerah ini bersuhu rendah. Udara yang bersih, suasana yang tenang serta pembangunan yang terancang adalah antara keistimewaan daerah Pengkalan Hulu. Tidak hairanlah ia menjadi tarikan bagi pelancong untuk mendamaikan fikiran, jauh dari hiruk pikuk kota. Keistimewaan yang ada padanya menjadikan penduduknya hidup dalam suasana yang aman, tenang, bersih dan ceria.

Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah selatan, anda boleh menggunakan laluan keluar Kuala Kangsar. Teruskan perjalanan anda dengan melalui Lenggong, Lawin, Gerik, Kelian Intan dan seterusnya Pengkalan Hulu. Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara, anda boleh keluar di Exit Gurun. Teruskan perjalanan ke Batu Lima, Baling dan Pengkalan Hulu. Bagi mereka yang berada dari arah barat (Pulau Pinang), anda boleh menggunakan laluan keluar Seberang Jaya. Teruskan perjalanan dengan melalui Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), Kulim, Baling dan Pengkalan Hulu. Bagi mereka yang berada dari arah timur (Kelantan), anda boleh melalui laluan Jeli, Gerik, Pengkalan Hulu. Anda boleh memuat turun peta dari ‘ url ' di bawah sebagai penduan. http://www.plus.com.my/mapp/mapplus.jpg(kredit kepada Plus Express Berhad).

 

 

Bookmark and Share

 
    HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pengkalan Hulu,
Jalan Pejabat,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan.

Tel: 04-4778148
Fax: 04-4778735

Emel: aduan@mdph.gov.my
Klik DISINI untuk senarai emel pegawai

  MENU
    e-PERKHIDMATAN
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Terma & Syarat | Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan IE 7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024x768