Kempen Anti Kutu Sampah ini diadakan bagi mempertingkatkan tahap kesedaran orang awam dalam menjaga kebersihan di tempat awam.
Objektif:
*Memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan tempat awam.
*Memastikan kebersihan tempat awam terjamin dan berada pada tahap yang lebih baik.
*Mengurangkan kadar aduan kebersihan tempat awam di Pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Kesalahan:
Orang awam yang didapati bersalah membuang sampah di tempat awam terutamanya di kawasan Pasar Awam akan dikenakan KOMPAUN RM500 Di bawah Akta Jalan,Parit dan Bagunan 1974(Akta 133)