Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 

   

BERITA

 

Family Day

24 April 2010 - Family Day telah berlangsung di Bukit Merah Lake Town Resort. Program Family Day dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan berlangsung dengan meriahnya sepanjang hari tersebut.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk kakitangan MDPH dan kanak-kanak yang turut hadir ke Family Day tersebut. Di antara aktiviti tersebut ialah sukaneka, pertandingan melukis, penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan lain-lain lagi.

Program Family Day berakhir pada petang hari dan semua yang hadir merasa amat gembira.

 

Gotong-royong Perdana

16 Mac 2010 -  Telah diadakan Program Gotong-Royong Perdana Bersama Agensi Kerajaan dan Penyewa/Penduduk di Dataran Majlis Daerah Pengkalan Hulu bermula jam 8.00 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh En. Lim Ban Lee, Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Jutaan terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan program ini:-

1.    Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu
2.    Jabatan Kesihatan Malaysia
3.    Jabatan Bomba Malaysia
4.    Penduduk & Penyewa gerai
5.    Kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Majlis Anugerah dan Sambutan Hari Ulangtahun

 

30 Disember 2009 - Majlis Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan dan Sambutan Hari Ulangtahun Kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu telah diadakan di Rumah Rehat Majlis Dearah Pengkalan Hulu. Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan di atas setiap usaha dan kerja keras kakitangan majlis yang bersedia berkhidmat untuk Majlis Dearah Pengkalan Hulu. Disamping itu dapat memberi contoh dan galakan kepada kakitangan bagi meningkatkan semangat dan daya saing berkerja. Anugerah telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Pn. Siti Azura Binti Hj. Juki.

 

Peratusan Cemerlang UPSR di Perak Merosot

 

IPOH 19 Nov. - Peratusan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mencatatkan keputusan cemerlang di Perak merosot sebanyak 0.27 peratus tahun ini berbanding tahun lalu. Pengarah Pelajaran Negeri Perak (JPNP), Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, hanya 3,937 daripada 44,846 calon berjaya mencapai keputusan penuh 5A atau 7A iaitu 8.78 peratus berbanding tahun sebelumnya, sebanyak 9.05 peratus. "Tahun ini, peratusan calon cemerlang telah berkurangan 0.27 peratus daripada tahun lepas," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan keputusan UPSR 2009 di Bilik Seri Budi, JPNP di sini hari ini.

 

Halaman: 1  2  3  

    HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Pengkalan Hulu,
Jalan Pejabat,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan.

Tel: 04-4778148
Fax: 04-4778735

Emel: aduan@mdph.gov.my
Klik DISINI untuk senarai emel pegawai

  MENU
    e-PERKHIDMATAN
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Terma & Syarat | Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan IE 7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024x768