Sukacita bahawa melalui surat daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan rujukan (4)dlm.PSUK.PK(KT-K)800/19 yang bertarikh 19 Januari 2012 telah memaklumkan seperti berikut:
“ Dimaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam perjumpaan bil. 1685 bertarikh 18 Januari 2012 telah memutuskan seperti berikut:
Mesyuarat menagambil maklum keputusan kertas mesyuarat Bil.1581/06/07/2011 bertarikh 6 Julai 2011 yang meluluskan pelarasan kadar taksiran mulai tahun 2012 bagi lima (5) PBT iaitu:
i. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ii. Majlis Perbandaran Manjung (MPM) iii. Majlis Daerah Lenggong (MDL) iv. Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) v. Majlis Daerah Selama (MDS)
Justeru, mesyuarat bersetuju mengekalkan kadar lama sementara kajian semula dibuat bagi memastiakn rakyat tidak dibebankan dengan kenaikan kadar taksiran yang melampau. ”
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis mengambil maklum dengan perkara ini dan mengekalkan kadar mengikut kadar pada tahun 2011.