imgKhas Bagi Pengguna


imgKlik untuk bantuan
icon
Bahasa Melayu | English| Bahasa Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
icon
icon icon
bg1 bg2 bg3 a aminus red green blue revert
tema asal tema biru tema hitam tema coklat w3c
carian1 carian2
 
 
carian3 carian4

awam  pelajar  Warga

ARKIB

Arkib 2012


Sorotan Penting

Pengumuman

  • Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu Daerah Pengkalan Hulu

    Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Pengkalan Hulu Tahun 2011 ialah program pembukaan kaunter oleh Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan serta swasta yang ada di Pengkalan Hulu untuk memudahkan orang ramai membuat aduan serta melihat pameran yang disediakan.Program ini di bawah anjuran Biro Pengaduan Awam Negeri Perak dan Pejabat Tanah Daerah Pengkalan Hulu akan diadakan di Pasar Hari Pengkalan Hulu pada 19 Mei 2011 bermula jam 8.00 pagi.

     

  • Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran

     

  • icon

    Sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-83 DYMM Paduka Seri Sultan Perak

    Tarikh : 19 April 2011, Selasa
    Lokasi : Istana Iskandariah

     

  • Earth Hour 2011

    Sokonglah Earth Hour dengan menutup lampu bermula pukul 8.30 malam pada 26 Mac 2011

  • Sukan Perak IV 2011

    Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Sukan Perak IV 2011 yang berlangsung pada 11-19 Mac 2011. Pelbagai acara yang dipertanding seperti bola jaring, badminton, olharaga dan berbagai lagi acara lain.

  • Iklan Jawatan Kosong - Penolong Pegawai Undang-undang

    Jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Undang-undang dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja bagi mengisi kekosongan jawatan pada iklan di bawah.

    1. Melihat iklan
    2. Muat-turun borang MDPH(PKDM)1/09

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN: DILANJUTKAN SEHINGGA 25 MAC 2011

  • Soal Selidik Pandangan Pegawai Awam Terhadap Penilaian Kompetensi Menggantikan PTK

    Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan pegawai awam terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi akan datang yang akan dibangunkan bagi menggantikan PTK selaras dengan pengumuman Y.A.B Perdana Menteri dalam ucapan Bajet Tahun 2011 seperti berikut :

    PETIKAN UCAPAN Y.A.B PERDANA MENTERI
    “…Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambil kira maklum balas para penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.”

    Sehubungan itu, JPA sedang mendapatkan maklum balas pegawai awam mengenai bentuk dan ciri penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik. Klik disini untuk mengisi borang soal selidik.
  • Memohon Sebagai Ahli Jawatankuasa Masyarakat Sivil di Majlis Daerah Pengkalan Hulu

    Semua ahli pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Hulu Perak telah dijemput untuk memohon sebagai Ahli Jawatankuasa Masyarakat Sivil di Majlis Daerah Pengkalan Hulu yang berfungsi untuk memberi pandangan dalam pelbagai perkara ke arah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan majlis sebelum 24 Januari 2011.

    Pemilihan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Elaun kehadiran ke mesyuarat yang dianjurkan juga disediakan.

  • Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2011

    Orang ramai telah dijemput hadir ke Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 Peringkat Daerah Kecil Pengkalan Hulu pada 31 Disember 2010 jam 8.45 malam bertempat di Padang MDPH. Majlis ini dianjurkan oleh MDPH dan Kelab Rekreasi dan Sukan MDPH. Antara acara menarik yang disediakan adalah:-

    1. Perarakan jabatan/pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak Piala YDP dan diiringi     pancaragam oleh ATM

    2. Perlawanan akhir bola sepak Paial YDP

    3. Pertunjukan Pancaragam oleh BN ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja

    4. Cabutan nombor bertuah

    5. Pertunjukan bunga api


Tender dan Sebutharga


Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29 (KONTRAK) di Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Klik untuk memuat turun Iklan Jawatan dan Borang MDPH (PKDM) 1/09. tarikh tutup permohonan adalah pada 25 FEBRUARI 2011 DILANJUTKAN SEHINGGA 25 MARCH 2011.

Klik untuk lihat tawaran.

  • Karnival Usahawan Mahabbah

    KARNIVAL USAHAWAN MAHABBAH anjuran TUNAS INDAH NIAGA telah berlangsung pada 11-30 November 2010 bertempat di Padang MDPH. Produk seperti pakaian, makanan dan lain-lain dijual di karnival tersebut. Terdapat juga beberapa persembahan di sana seperti persembahan kebudayaan.

  • Pertandingan Hari Landskap Peringkat Negeri Perak

    Pertandingan ini telah diadakan pada 15 November 2010 bertempat di Pinggiran Sungai Kerian Parit Buntar. Antara hadiah yang ditawarkan bagi pemenang adalah:-

    Hadiah yang ditawarkan
    Tempat 1: RM300 + hamper
    Tempat 2: RM150 + hamper
    Tempat 3: RM75 + hamper
    Tempat 4-10: hamper

  • Dapatkan Berita Negeri Perak di Perak News Online

    Kini anda boleh mendapatkan berita terkini Negeri Perak di Perak News Online. Perak News Online adalah merupakan portal berita yang dipantau oleh Pejabat Menteri Besar dan KPerak INC Corporation yang menyediakan perkhidmatan berbentuk teks dan video dan video tentang berita-berita terkini di Negeri Perak dan ia dikemaskini setiap hari.

    Klik untuk layari Perak News Online.

  • Jamuan Hari Raya Perdana 2010

    Orang ramai telah dijemput untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Perdana pada 22 September 2010, bermula 2.00 - 4.00 petang di Padang Majlis Daerah pengkalan Hulu<

  • Waktu Operasi Sempena Hari Raya Aidilfitri

    Majlis Daerah Pengkalan Hulu ditutup pada  10 September 2010 dan dibuka/mula beroperasi pada 13 September 2010.

    Harap Maklum

  • Notis Peringatan di Musim Perayaan

    Sempena musim perayaan ini, Majlis Daerah Pengkalan Hulu telah menasihatkan pengguna-pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu. Klik DI SINI untuk melihat petua keselamatan di jalan raya dan sila pastikan keselamatan kediaman anda  juga terjamin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang anda pulang beraya di kampung. Semoga perjalanan anda selamat dan sejahtera sempena musim perayaan ini.

  • Bulan ICT Kebangsaan Tahun 2010 (NIM 2010)

    Bulan ICT Kebangsaan 2010 (NIM2010) TELAH diadakan pada 13 Julai hingga 12 Ogos 2010 dengan tema "E-Commerce for Global Reach". Di antara program-program utama sepanjang NIM2010 adalah persidangan Leadership Summit, Seminar SME Success with ICT Series, seminar Business Success Forum serta penerbitan buku ICT Strategic Review 2010/11. Untuk maklumat lanjut sila layar http://www.pikom.org.my/cms/NIM2010/index.html

  • Ceramah Budaya Kerja Cemerlang

    Warga MDPH dijemput untuk menghadiri ceramah Ceramah Budaya Kerja Cemerlang yang disampaikan oleh Tn. Hj. Shamsuddin b. Mohammad, Pengarah Bahagian Psikologi JPA pada 5 Ogos 2010 bertempat di Dewan Mesyuarat Rumah Rehat Pengkalan Hulu.

    Semoga kita beroleh berkat dan bertambah ilmu di dada.

  • Pencapaian Penilaian Laman Web Sektor Awam

    Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu telah mencapai taraf 5 BINTANG dalam Penilaian Laman Web Sektor Awam 2010.

  • Peringatan Kepada Pemilik-pemilik Anjing

    Pihak Jabatan Veterinar memohon kepada pemilik-pemilik anjing berlesen atau tidak berlesen supaya tidak melepaskan anjing tuan berkeliaran di luar kawasan atau premis tuan, supaya tidak mengganggu ketenteraman awam. Pihak Jabatan Veterinar akan mengambil tindakan yang sewajarnya (permusnahan) sekiranya didapati masih ada anjing tuan yang berkeliaran.


  • Program Juara Rakyat

    Karnival Sukan Air telah diadakan pada 03 Julai 2010 bermula jam 8.00 pagi di Taman Tasek Takong, Pengkalan Hulu. Pelbagai acara telah disusun dan warga Pengkalan Hulu dijemput hadir untuk menyertai acara-acara tersebut.

    Kredit untuk Taufik Yusuff.


  • Semarak Perpaduan Sempena Minggu Perpaduan

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah merasmikan Program Semarak Perpaduan Sempena Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Jalil, Jalan Brash, Ipoh pada 27 Jun  2010 jam 9.00 pagi.


  • Selamat Datang Tuan YDP

    Selamat datang kepada Encik Mohd Syukri Bin Azaari ke Majlis Daerah Pengkalan Hulu sebagai Yang Di Pertua yang baru. Kehadiran Tuan YDP amat-amat dialukan oleh warga Majlis Daerah Pengkalan bagi memantapkan lagi organisasi ini. Selamat bertugas dari warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu.


  • Sebutharga Kerja Penilaian

    Tawaran ini adalah dipelawa kepada Penilai-penilai yang aktif dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia yang dibenarkan memasuki tawaran kerja-kerja seperti yang tercatat di lampiran.

    Semua tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU, 33100 PENGKALAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada waktu pejabat sebelum atau pada 8 Jun 2010 (Selasa) sebelum jam 12.00 Petang.


  • Permata Yang Hilang

    MDPH telah kehilangan seorang kakitangan yang berdedikasi dan komited terhadap kerja. Encik Azizan Bin Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2010 kira-kira pukul 12.30 pagi di Hospital Baling. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau. Marilah kita bersama-sama berdoa agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah...


  • Streamyx + HP Netbook

    Berita baik untuk pelajar IPT tempatan. Dapatkan pakej Streamyx Cool Uni bersama sebuah HP Netbook hanya untuk RM38 sebulan. Dapatkan maklumat lanjut diStreamyx Cool Uni atau segera berkunjung ke Kedai TM yang berhanpiran. Tawaran in terhad kepada 1000 pelajar sahaja. Jangan lepaskan tawaran ini!


  • PIKOM PC Fair 2010

    PIKOM PC FAIR telah berlangsung di Village Mall, Sungai Petani bermula dari 1 hingga 4 april 2010. Orang ramai dijemput berkunjung ke PIKOM PC FAIR untuk mendapatkan perkakasan dan perisian komputer dengan harga yang berpatutan di samping pilihan yang banyak.

    Maklumat lanjut, sila layari PIKOM PC FAIR

  • Program Pembasmian Kemiskinan Bandar 2010

    Mulai 1 Januari 2010 Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) telah dipindahkan ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

    Dengan ini, semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan  yang tinggal di bandar dalam kawasan operasi Majlis Daearh Pengkalan Hulu adalah digalakkan mendaftar.

     

    Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web eKasih. Untuk makluman borang PPKB tidak lagi digunapakai bagi permohonan Bantuan Kemiskinan Bandar. Bagi pemohon yang tidak mempunyai akses ke laman web eKasih, pemohon boleh datang ke Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan mengisi borang eKasih yang disediakan. Sila berurusan dengan pegawai dari Unit Perancangan Bandar dan Kawalan Pembangunan.

    Cara-cara untuk mendaftar:
    1. Lawati laman web eKASIH di https://www.ekasih.gov.my/Pages/Default.aspx
    2. Klik Pendaftaran, pilih Borang Pendaftaran Kemiskinan (Ringkas).
    3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
    4. Klik butang Hantar.


    Adun, Ahli Majlis, Ketua Kampung dan Pegawai Kerajaan juga boleh mendaftar isi rumah yang ditakrifkan sebagai miskin dan miskin tegar yang berada di bawah seliaan masing-masing.

  • Hari Sivik

    Pejabat Penerangan Daerah Pengkalan Hulu akan mengadakan Program Hari Sivik bertempat di surau Pusat Pengumpulan Masyarakat Setempat Tanah Hitam pada 29 Mac 2010 bermula jam 2.30 petang.

  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

    Ia telah diadakan daripada 19 hingga 28 Mac 2010. Maklumat lanjut boleh diperoleh di http://www.kualalumpurbookfair.com

  • Program Gotong-royong Perdana

    Satu Program Gotong-royong Perdana Bersama Agensi Kerajan dan Penyewa di Dataran Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan diaadakan. Butiran adalah seperti berikut:- Tarikh: Selasa, 16 Mac 2010 Masa: 8.00 pagi Tempat: Dataran Majlis, Jalan Betong, 33100 Pengkalan Hulu Warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan orang ramai dijemput untuk menghadiri program ini.

  • Kejohanan Piala Golf YDP 2010

    6 Mac 2010 yang lalu telah diadakan Kejohanan Golf Piala YDP bersempena pertukaran En. Rumaizi b. Daud@Bahrain, YDP Majlis Daerah Pengkalan Hulu ke SUK Perak.

    Sila ke GALERI untuk melihat gambar.

  • Local Agenda 21 - Inisiatif PBT dalam menyokong Agenda 21

    Local Agenda 21 (LA21) merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka kearah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

    "Oleh sebab kebanyakan masalah dan penyelesaian yang didatangi oleh agenda 21 berakar umbi dalam kegiatan tempatan, maka penyertaan dan kerjasama PBT menjadi faktor penentu bagi mencapai matlamat ini"

    Baca keterangan lanjut mengenai Local Agenda 21

  • MDPH On Facebook and Twitter

    Let's join MDPH on Facebook and Twitter to get the latest announcements and informations

  • Kerja-kerja Penilaian

    Kerja-kerja Penilaian akan dijalankan di Kawasan Kampung Padang Tamat dan Kampung Simpang Pulai untuk harta awam. Semua harta Kerajaan Negeri dan Harta Kerajaan Persekutuan akan dinilai. Penilai yang dilantik ialah tetuan FADZILAH & FIKRI SDN. BHD. Mintak semua bagi kerjasama kepada penilai. Kerja-kerja penilaian akan bermula pada 1 MAC 2010 sehingga 17 MEI 2010 Maklumat lanjut sila ke http://upenmdph.blogspot.com/ atau email ke urusetia@mdph.gov.my

  • Jadual Tender / Sebutharga Kerja Perkhidmatan

    Sebanyak (4) penender yang telah diterima dan dibuka pada 25 Januari 2010 jam 2:45 Petang seperti terjadual di sini.

  • Sebutharga dan Tender

    Tawaran ini adalah dipelawa kepada Penilai-penilai yang aktif dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia yang dibenarkan memasuki tawaran kerja-kerja seperti yang tersebut di dalam Kenyataan Tawaran. Klik untuk memuat turun Kenyataan Tawaran. Lawatan tapak adalah wajib dan akan dilakukan pada 11 Januari 2010 pada jam 11 pagi.

  • Iklan Jawatan Kosong

    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29 (KONTRAK) di Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Klik untuk memuat turun Iklan Jawatan dan Borang MDPH (PKDM) 1/09. tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2010.


  • Tender dan Sebutharga


    Lihat maklumat

    Pengumuman

    • MyID

      MyID telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi Kerajaan.

    • Kajian Jabatan Penerangan

      Jabatan Penerangan sedang menjalankan kajian untuk mengetahui penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Y.A.B Perdana Menteri.

    • Cukai Taksiran

      Cukai Taksir bagi penggal kedua 2008 telah dikeluarkan pada 15 Julai 2008. Pembayaran cukai boleh dibuat di kaunter bayaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Kerjasama menunaikan amanah ini amatlah dihargai.

     

     

     hubungi   HUBUNGI KAMI

    Majlis Daerah Pengkalan Hulu,
    Jalan Pejabat,
    33100 Pengkalan Hulu,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel  : 04-4778148
          : 04-4778181
    Fax : 04-4778735

    Emel: urusetia@mdph.gov.my
    Klik DISINI untuk senarai emel pegawai

     menu MENU
     penerbitan   e-PERKHIDMATAN
    kpkt   mampu   malaysia   jpa   msc   1malaysia   epu   gtp   ideas   myid  job
    Tarikh Kemaskini : 09 Mei 2012 04:24 AM
    Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Pengkalan Hulu
    Terma & Syarat | Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
    Paparan terbaik menggunakan IE 7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024x768