1. Mengutip sampah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk semua
kawasan
2. Membersihkan/menyapu kawasan bandar setiap hari
3. Memotong rumput sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk semua kawasan
4. Memproses permohonan lesen dalam tempoh 1 bulan
5. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan dan pelan berkaitan
dalam tempoh 3 bulan melalui pusat setempat (OSC) dengan syarat
permohonan yang dikemukakan lengkap dengan semua dokumen yang
diperlukan
6. Memproses permohonan pengeluaran sijil kelayakan menduduki (CFO) dalam
tempoh 14 hari melalui pusat setempat (OSC) dengan syarat permohonan
yang dikemukakan lengkap dengan semua dokumen yang diperlukan
7. Memproses permohonan kelulusan membaiki rumah dalam tempoh 1 bulan
8. Respon kepada aduan dalam tempoh 1 hari
9. Memproses bayaran bil dalam tempoh 1 minggu



