Fungsi Utama:
- Menyelaraskan dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat.
- Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon.
- Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah
- Menyediakan pelaporan berkala kepada Kementerian Perumahan &Kerajaan Tempatan(KPKT) dan Kerajaan Tempatan (Portal OSC)
- Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon.
- Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan.
- Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan.
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kepada jabatan/agensi teknikal.
- Memaklumkan kepada pemohon dan Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang diterima dan diproses.
- Mendapatkan maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah.
- Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan berserta pelan pelan pra-perhitungan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.
- Mengedarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan pembangunan tanah di bawah seksyen 124A dan 204D Kanun Tanah Negara.
- Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan satu(1) kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas untuk edaran
- Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat ke Mesyuarat Penuh PBT.
- Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon.
HUBUNGI KAMI |


