APA ITU JALUR LEBAR KOMUNITI (PJK)
Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh SKMM melalui syarikat-syarikat telekomunikasi terpilih di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS), iaitu satu program kebangsaan yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar melalui pembangunan kemudahan-kemudahan komunikasi dan internet kepada komuniti tempatan di kawasan tempatan di kawasan-kawasan luar Bandar.
PJK menyediakan kemudahan yang lengkap sperti 20 buah komputer beserta internet berkelajuan tinggi sehingga 2Mbps, sesi pembelajaran dan kursus ICT secara percuma terutamanya latihan mengenai penggunaan internet termasuk aplikasi e-Kerajaan, e-Pembelajaran dan e-Dagang yang telah disediakan selain ruang pembelajaran yang selesa, pegawai yang mampu memberi tunjuk ajar kepada pengunjung, dan pelbagai kemudahan lain.
Kemudahan-kemudahan lai termasuk perkhidmatan internet, komputer, mesin mencetak, mesin fotokopi dan laminate dengan harga yang berpatutan.



