Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman     

 
 
 
Panduan Ke Pengkalan Hulu
 

Bookmark and Share 

 

 

Pengkalan Hulu merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Hulu Perak. Berkeluasan 873.70 km persegi, ia bersempadan dengan daerah Baling (Kedah), Gerik (Perak) dan Betong (Thailand). Faktor geografinya yang terletak 380 meter dari aras laut disamping dikelilingi flora yang masih terpelihara menjadikan daerah ini bersuhu rendah. Udara yang bersih, suasana yang tenang serta pembangunan yang terancang adalah antara keistimewaan daerah Pengkalan Hulu. Tidak hairanlah ia menjadi tarikan bagi pelancong untuk mendamaikan fikiran, jauh dari hiruk pikuk kota. Keistimewaan yang ada padanya menjadikan penduduknya hidup dalam suasana yang aman, tenang, bersih dan ceria.

Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah selatan, anda boleh menggunakan laluan keluar Kuala Kangsar. Teruskan perjalanan anda dengan melalui Lenggong, Lawin, Gerik, Kelian Intan dan seterusnya Pengkalan Hulu. Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara, anda boleh keluar di Exit Gurun. Teruskan perjalanan ke Batu Lima, Baling dan Pengkalan Hulu. Bagi mereka yang berada dari arah barat (Pulau Pinang), anda boleh menggunakan laluan keluar Seberang Jaya. Teruskan perjalanan dengan melalui Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), Kulim, Baling dan Pengkalan Hulu. Bagi mereka yang berada dari arah timur (Kelantan), anda boleh melalui laluan Jeli, Gerik, Pengkalan Hulu. Anda boleh memuat turun peta dari ‘ url ' di bawah sebagai penduan. http://www.plus.com.my/mapp/mapplus.jpg (kredit kepada Plus Express Berhad).

 
      

Carian
 
Kalendar
 
29 Julai 2010
M T W T F S S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
Tarikh Kemaskini : 02 Julai 2010 10:50 AM