MENU
 

JAWATAN    :       PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29

 

 

(a)        Klasifikasi Perkhidmatan        :           Keselamatan dan Pertahanan Awam

(b)        Kumpulan Perkhidmatan        :           Pelaksana

(c)        Taraf Jawatan                         :           Kontrak

(d)        Gred dan Jadual Gaji              :           KP29 : RM 1,493.00 – RM 5,696.00

(e)        Kenaikan Gaji Tahunan          :           RM 145.00

 

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 

 

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

GRED KP29

(c)

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    ( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00 ); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    ( Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,493.00 ); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    ( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,770.95 ); atau
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan dariapda institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    ( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,846.15 )
     

(d)       

  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
     
Grade: 
W29, H11, KP29
Available: 
4
Closing Date: 
Jumaat, 24 April 2020
Category: