MENU
 
Jawatan Keterangan Gred Kekosongan Tarikh Tutup Lampiran
IKLAN JAWATAN KOSONG 1/2020 IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

Bil.

JAWATAN

KEKOSONGAN

TARAF JAWATAN

1

Penolong Akauntan W29

1

TETAP

2

Pemandu Kenderaan H11

1

TETAP

3

Pembantu Awam H11

1

TETAP

4

Penolong  Pegawai Penguatkuasa KP29

1

KONTRAK

 
 
Syarat Lantikan
Keterangan lanjut mengenai syarat  lantikan jawatan kosong yang diiklankan boleh didapati di laman web rasmi Majlis Daerah Pengkalan Hulu : www.mdph.gov.my
 
Cara Memohon
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang  (MDPH.JKP-1/2020) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web rasmi dan Facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu secara PERCUMA
Semua dokumen hendaklah dihantar kepada:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Wisma Kroh, Jalan Sri Adika Raja,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan.
 
Tarikh tutup permohonan :  24 April 2020
 
Catatan Am
 

Semua salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir/Sijil Kelayakan Akademik hendaklah disahkan oleh Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional.
Hanya calon yang layak selepas melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Borang yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya. 

JAWATAN    :       PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29

 
 
(a)        Klasifikasi Perkhidmatan        :           Keselamatan dan Pertahanan Awam
(b)        Kumpulan Perkhidmatan        :           Pelaksana
(c)        Taraf Jawatan                         :           Kontrak
(d)        Gred dan Jadual Gaji              :           KP29 : RM 1,493.00 – RM 5,696.00
(e)        Kenaikan Gaji Tahunan          :           RM 145.00
 
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
 
 
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA
GRED KP29
(c)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00 ); atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.( Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,493.00 ); atau
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,770.95 ); atau
Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan dariapda institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.( Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29 : RM 1,846.15 ) 

(d)       

mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. 

JAWATAN     :       PEMBANTU AWAM GRED H11

 
 
  (a)                        Klasifikasi Perkhidmatan        :           Kemahiran  (b)                        Kumpulan Perkhidmatan        :           Pelaksana  (c)                        Taraf Jawatan                         :           Tetap  (d)                        Gred dan Jadual Gaji              :           RM 1,218.00 – RM 2,939.00  (e)                        Kenaikan Gaji Tahunan          :           RM 80.00
 

Syarat Lantikan:

(a)        Warganegara Malaysia;
(b)        Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 
 

JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN GRED H11

 
 
  (a)                        Klasifikasi Perkhidmatan        :           Kemahiran  (b)                        Kumpulan Perkhidmatan        :           Pelaksana  (c)                        Taraf Jawatan                         :           Tetap  (d)                        Gred dan Jadual Gaji              :           RM 1,218.00 – RM 2,939.00  (e)                        Kenaikan Gaji Tahunan          :           RM 80.00
 

Syarat Lantikan :

(a)     Warganegara Malaysia;
(b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D                 -        RM 1,264.15
Lesen E / E1 /E2    -        RM 1,310.30
Lesen F/H              -        RM 1,356.45
Lesen G/ I             -        RM 1,402.60
 
(d)     Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada    Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran     Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan      yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
 

JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

 
  (a ) Klasifikasi Perkhidmatan       :           Kewangan  (b) Kumpulan Perkhidmatan        :           Pelaksana  (c) Taraf Jawatan                         :           Tetap  (d) Gred dan Jadual Gaji              :           RM 1,498.00 – RM 5,678.00  (e) Kenaikan Gaji Tahunan          :           RM 145.00
 

Syarat Lantikan :

Warganegara Malaysia; 
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau 
Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau 
Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau 
Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).

 

Syarat Bahasa Melayu

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan  Penolong Akauntan Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di perenggan syarat lantikan diatas ; dan
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

 

W29, H11, KP29 4 24 Apr 2020