MENU
 

Bagaimana Hendak Ke Sana

Gua Gendang terletak di Kampung Tasek iaitu kira-kira 9 Km dari bandar Pengkalan Hulu, Perak iaitu bandar sempadan Malaysia, Thailand. Dari Malaysia anda boleh meneruskan perjalanan ke Baling, Kedah ataupun melalui Gerik di Perak dan terus ke Pengkalan Hulu yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kroh. Jika anda dari Baling, Kedah, sepanjang perjalanan anda akan berpeluang melihat kehijauan dan keindahan bukit bukau dan setelah di Pengkalan Hulu, anda akan bertemu dengan simpang menuju ke Kampung Tasek dan ikutlah jalan tersebut dan ia akan membawa anda ke tempat ditujui.

Untuk ke Gua Gendang dari Thailand pula, anda perlu melalui Bandar Bentong dan berurusan dengan Jabatan Kastam dan Eksais yang terletak di sempadan Pengkalan Hulu, Perak. Setelah selesai urusan yang berkaitan Kastam dan Imigresen, teruskan perjalanan anda menuju ke Pengkalan Hulu iaitu Bandar pertama yang anda temui selepas sempadan.

gua gendang

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Bagi anda yang gemar memancing, anda boleh memancing di tasik yang berhampiran ataupun jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak, anda juga boleh mendaki bukit melalui jalan hutan yang jauh dan seterusnya anda juga boleh meneroka keindahan gua yang terdapat di sini. Anda boleh menyertai salah satu daripada aktiviti tersebut ataupun kesemua aktivit-aktiviti yang mencabar seperti memasuki gua dengan menuruni 120 anak tangga atau mandaki bukit dengan menggunakan tali. Tapak perkhemahan turut disediakan. Selain daripada itu, anda juga berpeluang mangadakan kursus motivasi yang dikelolakan oleh pihak anda sendiri ataupun oleh kaunselor dan fasilitator kem. Kursus motivasi ini terbuka untuk semua peringkat sama ada pelajar dari sekolah rendah dan menengah, universiti mahupun yang terlibat dalam bidang profesional dan sector masing- masing.

Selain daripada aktiviti luar, anda juga boleh menyertai aktiviti dalaman yang disediakan seperti permainan catur dan permainan papan yang lain, darts, dan bermacam lagi. Di samping bermain, bagi yang suka membaca, anda boleh membaca sambil menikmati suasana aman dan tenang bersama hembusan sang bayu yang bertiup dan suara gemersik daun kayu ditiup angina. Ini pasti akan membuatkan anda berasa tenteram dan segar apabila dikelilingi suasana keharmonian dan kehijauan hutan tropika.

Jauh dari kebisingan dan hiruk-piruk kota. Kehadiran anda di sini pasti akan dapat melegakan fikiran dan juga dapat merehatkan fizikal dan mental anda setelah penat bekerja dengan menikmati keindahan semulajadi ini. Ia juga di syorkan sebagai salah satu tempat untuk menenangkan perasaan yang terganggu ataupun sebagai tempat untuk membina semangat bagi setiap individu mahupun kumpulan yang hadir.

gua gendang

 

  [Kembali]