MENU

gua gendang  

Terdapat 2 buah gua batu kapur iaitu Gua Gendang (gua utama) dan Gua Itik. Gua ini merupakan salah satu produk perlancongan utama yang terletak di Pengkalan Hulu. Lokasi perletakkannya adalah sebanyak 6 kilometer dari Pengkalan Hulu dan 1 kilometer dari Tasek. Gua Gendang ini telah menarik ramai pelancong dari pelbagai pelusuk negeri.Ia juga menawarkan pelbagai aktiviti –aktiviti yang menarik seperti kembara merentas hutan, menerokai gua dan sebagainya.

Gua Gendang juga di kenali sebagai Kompleks Perlancongan Gua Gendang dan ia telah dibangunkan pada tahun 1994.Ia  merupakan tempat para peserta dari pelbagai bidang menjalankan Kursus Kem Motivasi dan Rekreasi seperti dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Maktab-maktab Perguruan, Badan-Badan Berkanun , NGO dan sebagainya. Selain itu ia juga merupakan tumpuan para ahli Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) mengadakan Kursus Induksi.

Pengenalan Gua Gendang

Gua Gendang adalah suatu penemuan yang baru dan merupakan satu tarikan yang unik yang terletak di daerah Pengkalan Hulu, Perak. Ianya terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan tropika. Gua Gendang jugan ialah sebuah gua yang bersejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian manggota komunis semasa di zaman darurat lebih kurang 50 tahun yang lalu. Kompleks Perlancongan dan Rekreasi Gua gendang, didirikan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak yang menjadikan tempat penginapan yang terletak diatas gua tersebut mewujudkan suasana sekeliling seolah-olah sebuah perkampungan yang penuh kedamaian. Namun apa yang lebih mengkagumkan adalah kehadiran sebatang sungai yang mengalir dibawah gua tersebut iaitu kira-kira 300 kaki dari tempat penginapan anda dan dari situ juga anda akan melihat keajaiban ciptaan Tuhan yang telah dianugerahkan ke tempat ini. Cuba anda bayangkan cabaran dan keseronokan yang bakal anda alami selama 45 minit merentasi aliran sungai dibawah gua tersebut sambil menjelajah melihat keindahan ukiran-ukiran semulajadi hasil daripada hakisan yang berlaku dan anda juga boleh merentasi gua dan aliran sungai selama 4 jam untuk melihat keindahan dan keajaiban 7 buah air terjun sebagai pilihan anda yang lain.

gua gendanggua gendanggua gendang

Deruan air yang mengalir jauh dibawah gua menambahkan lagi suasana damai dan menjadi tempat yang paling baik untuk menenangkan perasaan dan merehatkan fikiran serta mendekatkan diri kepada Tuhan jika anda ingin menyendiri tanpa diganggu oleh sesiapa. Anda boleh juga datang bersama kawan-kawan , kaum keluarga mahupun secara kumpulan dan secara tidak langsung anda boleh menghadiri kursus motivasi dan rekreasi yang dianjurkan.

gua gendang