MENU
 
 
Selaras dengan pengumuman YAB Menteri Besar Perak melalui kenyataan media bertarikh 19 November 2020, kerajaan Negeri telah bersetuju menyalurkan bantuan wang tunai berjumlah RM500.00 kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Perak.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penjaja dan peniaga kecil yang memenuhi kesemua kriteria seperti berikut :-
 
1. Merupakan penerima bantuan one Off siri pertama sahaja.
2. Mempunyai lesen perniagaan yang aktif dan telah diperbaharui bagi tahun semasa.
3. Penjaja dan peniaga kecil yang bermastautin di Pengkalan Hulu.
 
Pihak majlis akan menghubungi penerima yang layak melalui Whatsapp / pesanan ringkas (SMS). Penerima yang layak perlu , mengemaskini maklumat pada borang bantuan yang disediakan untuk tindakan pembayaran. Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 04-4778148 (pejabat MDPH) / 019-3736357 (Bilik Gerakan MDPH - Whatsapp sahaja)
 
*Borang boleh didapati di kaunter Pelesenan, MDPH