MENU

 

MOTTO MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

BERSIH, AMAN, MAJU

BERSIH         :  Bermaksud kebersihan dalam kawasan Majlis dan dalam kerja-kerja pengurusan pentadbiran Majlis yang mengamalkan kebersihan dari segi fizikal dan juga mental.

AMAN            : Bermaksud kehidupan seharian penduduknya yang aman damai, harmoni dan tenteram serta usaha keras pihak Majlis kearah mengekalkannya dan terus berusaha memperbaikinya.

MAJU             : Bermaksud kesungguhan, semangat dan kebolehan mencapai kemajuan di bidang pembangunan, kegiatan ekonomi dan pentadbiran dan kesungguhan pihak Majlis untuk membawa daerah Pengkalan Hulu terus membangun dari semua segi.

MOTTO bertulis dengan tulisan "Jawi" melambangkan Negeri Melayu yang bahasa rasminya dan asalnya adalah melayu dan mengekalkan tradisi dan budaya supaya tidak hilang ditelan zaman.