Objektif & Fungsi Bahagian:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Objektif:
Memastikan pengurusan Pentadbiran dan personalia berjalan dengan kemas dan teratur serta mematuhi semua peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Fungsi Unit Perkhidmatan dan Sumber Manusia :
- Menguruskan dokumen untuk persaraan kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu;
- Menyediakan penyata perubahan gaji tahunan;
- Menjaga, merekod dan mengemaskini Buku Perkhidmatan;
- Menguruskan pengesahan dalam jawatan;
- Membantu menguruskan penyelenggaraan mesin photostat, copy printer dan lain-lain;
- Menguruskan penghantaran surat-surat dan kad jemputan Majlis;
- Menguruskan penerimaan surat-surat / surat berdaftar;
- Menguruskan penyewaan Dewan dan padang kepunyaan Majlis; dan
- Menguruskan fail-fail mesyuarat untuk Yang DiPertua dan Setiausaha
Fungsi Unit Pentadbiran Am:
- Menguruskan permohonan pengewujudan / pemansuhan / penarafan semula jawatan;
- Menguruskan pelantikan anggota-anggota baru Majlis;
- Menguruskan permohonan cuti bagi anggota-anggota Majlis;
- Menguruskan Mesyuarat Lembaga Tatatertib;
- Menguruskan upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis;
- Menjaga keselamatan pejabat dan Majlis;
- Mempastikan perkhidmatan kaunter yang cekap, mesra dan adil;
- Pengawalan dan penyelenggaraan alat-alat kelengkapan pejabat, kenderaan dan semua harta Majlis;
- Menerima dan menangani aduan awam;
- Menguruskan permohonan peperiksaan perkhidmatan;
- Menguruskan perlanjutan tempoh percubaan;
- Menguruskan permohonan Kursus Transformasi Minda(PTM); dan
- Menguruskan permohonan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti Tanpa Rekod, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji