Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman.