MENU

GAJAH

:

Lambang tradisi daerah Hulu Perak yang membawa erti Majlis Daerah Pengkalan Hulu terletak di dalam daerah Hulu Perak.

DUA EKOR GAJAH

:

Melambangkan persahabatan, kerjasama dan muhibah di antara Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan PBT lain seperti Baling di Kedah, Betong di Selatan Thailand dan Gerik.

TIGA BUCU BIRU

:

Melambangkan Majlis Daerah Pengkalan Hulu terdiri daripada tiga bahagian iaitu Pengkalan Hulu, Klian Intan dan Tasek.

TIGA BUCU HIJAU DAN DUA BUCU KUNING

:

Melambangkan lima buah kampong yang sebahagian dari kawasannya berada di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

TIANG, KABEL DAN "HANGING BUCKETS"

:

Melambangkan perusahaan perlombongan bijih timah yang mempunyai system perlombongan yang unik yang hanya terdapat di daerah Pengkalan Hulu iaitu di Klian Intan dan ianya telah beroperasi semasa zaman pemerintahan penjajah sehinggalah sekarang.

LATARBELAKANG PUTIH

:

Hijau melambangkan kawasan ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi terutamanya hutan belantara yang masih terpelihara dan warna putih bererti udara yang bersih dan segar yang tidak terdapat sebarang pencemaran.

BANGUNAN DENGAN EMPAT BUCU

:

Melambangkan kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mempunyai empat jenis penggunaan utama iaitu kawasan rumah kediaman, perniagaan, perusahaan dan kem pasukan keselamatan.

LIMA LEMBAGA MANUSIA

:

Melambangkan lima kumpulan kaum utama yang mendiami daerah Pengkalan Hulu iaitu Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli yang hidup dengan harmoni dan bersatu padu.

BENDERA NEGERI PERAK

:

Melambangkan Majlis Daerah Pengkalan Hulu terletak dalam negeri Perak.

SEKUNTUM BUNGA

:

Melambangkan kawasan Majlis yang banyak ditanam dengan pokok perhiasan dan pokok-pokok bunga.

TASIK BERLATAR BIRU

:

Melambangkan terdapatnya sebuah tasik di tengah-tengah Bandar Pengkalan Hulu.

SKROLL "MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU"

:

Melambangkan cirri-ciri di atas menjadi penyeri kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan juga sebagai amanat kepada Majlis supaya berusaha dalam menjadikan daerah Pengkalan Hulu lebih baik.