Sukacita dimaklumkan bahawa Bulan ICT Kebangsaan 2010 (NIM2010) diadakan bermula 13 Julai hingga 12 Ogos 2010 dengan tema "E-Commerce for Global Reach". Di antara program-program utama sepanjang NIM2010 adalah persidangan Leadership Summit, Seminar SME Success with ICT Series, seminar Business Success Forum serta penerbitan buku ICT Strategic Review 2010/11. Untuk maklumat lanjut sila layar http://www.pikom.org.my/cms/NIM2010/index.html
Ceramah Budaya Kerja Cemerlang
Warga MDPH dijemput untuk menghadiri ceramah:
Tajuk: Ceramah Budaya Kerja Cemerlang Penceramah: Tn. Hj. Shamsuddin b. Mohammad, Pengarah Bahagian Psikologi JPA Tarikh: 5 Ogos 2010 Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang Tempat: Dewan Mesyuarat Rumah Rehat Pengkalan Hulu
Semoga kita beroleh berkat dan bertambah ilmu di dada.
Peringatan kepada pemilik-pemilik anjing
Pihak Jabatan Veterinar memohon kepada pemilik-pemilik anjing berlesen atau tidak berlesen supaya tidak melepaskan anjing tuan berkeliaran di luar kawasan atau premis tuan, supaya tidak mengganggu ketenteraman awam.
Jika didapati anjing tuan masih berkeliaran pihak Jabatan Veterinar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya (pemusnahan).
Hari Sivik
Pejabat Penerangan Daerah Pengkalan Hulu akan mengadakan Program Hari Sivik bertempat di surau Pusat Pengumpulan Masyarakat Setempat Tanah Hitam pada 29 Mac 2010 bermula jam 2.30 petang. Untuk keterangan lanjut sila klik DISINI
Program Gotong-royong Perdana
Satu Program Gotong-royong Perdana Bersama Agensi Kerajan dan Penyewa di Dataran Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan diadakan.
Sistem untuk kegunaan Ketua dan Pegawai OSC di setiap PBT yang menggunapakai prosedur baru OSC bagi tujuan pelaporan pelaksanaan OSC. Ianya juga boleh dicapai oleh pegawai di peringkat SUK Negeri, Kerajaan Persekutuan, JKT & KPKT bagi tujuan pemantauan dan pelaporan sahaja.