30 Disember 2009 - Majlis Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan dan Sambutan Hari Ulangtahun Kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu telah diadakan di Rumah Rehat Majlis Dearah Pengkalan Hulu. Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan di atas setiap usaha dan kerja keras kakitangan majlis yang bersedia berkhidmat untuk Majlis Dearah Pengkalan Hulu. Disamping itu dapat memberi contoh dan galakan kepada kakitangan bagi meningkatkan semangat dan daya saing berkerja. Anugerah telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Pn. Siti Azura Binti Hj. Juki. Berikut adalah senarai penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan:
1. Mei 2009 : Pn. Azlin Binti Ibrahim (Pembantu Tadbir N17)
2. Jun 2009 : En. Krishnan a/l Muiandy (Pekerja Awam R4)
3. Julai 2009 : En. Azizan Bin Abdul Aziz (Pemandu Kenderaan R3)
4. Ogos 2009 : En. Zainal Abidin Bin Abdul Talib (Pekerja Awam R4)
5. September 2009 : En. Abdul Jalil Bin Haron (Pekerja Awam R4)
6. Oktober 2009 : Pn. Asiah Binti Ismail (Pekerja Awam R1)
7. November 2009 : En. Mohammad Zaiyuri Bin Zainal Abidin (Pembantu Am Pejabat R3)
8. Disember 2009 : En. Ramachandran a/l Tanimalai (Pekerja Awam R4)
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan acara memotong kek oleh kakitangan yang menyambut hari ulangtahun kelahiran pada bulan Jun sehingga Disember.



